Friday, September 30, 2011

Kolej kediaman aku terbakar!!! (Part1)

Serba ringkas mengenai tragedi yg menimpa kami warga penghuni Blok C Kolej Jati Seksyen 2 Kampus UiTM Shah Alam baru-baru ini.





Kebakaran berlaku pada 28 September 2011 pada sekitar jam 03.00 pagi ketika pelajar sedang tidur. Tetapi ada sahaja segenlintir yang masih belum tidur samaada yang sedang main games mahupun yang sedang menyiapkan tugasan. Kejadian ini disedari oleh penghuni blok B. Kebakaran ini didapati bermula dari tempat buangan sampah di bahagian tangga Laman Gemilang di Blok C.




Untuk mengetahui situasi sebenar, korang boleh go through video yang dirakam oleh salah seorang penghuni dari blok B.










Atau kalau ada masalah untuk view video ni.. korang boleh search dekat laman youtube. Search
" Kebakaran Kolej Jati Uitm Shah Alam "





Aku antara orang terawal yang sempat menyelamatkan diri melalui tingkap tepi sebelah bilik air. Tiada tangga kecemasan yang lain. First choice, tawakkal lalu ikut tangga yang terbakar tu. Second choice, Pasrah keluar jadi spiderman ikut tingkap dari tingkat 3. Last choice, stay dalam bilik buat muka tak bersalah. So, i choose the second one. Aku sempat bertungkus lumus memadamkan api yang sedang marak ke atas.



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Api sempat dipadamkan sebelum merebak ke bahagian lain. Hanya bahagian tangga yang mempunyai salur sampah sahaja yang hangus terbakar. Kurang dari 10 orang yang cedera akibat kebakaran tersebut. Yang mana tercedera akibat terkena api ketika melalui tangga yang sedang terbakar. Yang lain semua selamat. Tiada yang terkorban.









Usaha memadamkan kebakaran menggunakan hos bomba yang ada.


Api sempat dipadamkan kurang dari 30 minit oleh pelajar dan penyelia.


Bomba tiba selepas api sudah selesai dipadamkan oleh pelajar.


Keadaan langsir bilik aku yang hampir dijilat api.. huh!




















p/s: Kadang kala kita leka dan lupa untuk bersyukur.. Bersyukurlah.. =)





::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...