Saturday, August 20, 2011

disebalik satu kejadian..


Cerita ringkas di bawah ni boleh dijadikan contoh dan teladan untuk kita semua. Aku jumpa tang mana entah dana aku rasa cerita ni macam best jer untuk dikongsikan bersama readers yang lain. Atas sebabnya, aku tertarik dek kerana dari cerita sebenar, pelbagai spekulasi dan cerita boleh dijadikan daripada cerita sebenar. Hal inilah yang akan menjadi fitnah dalam kalangan masyarakat kita sekarang.. Setuju tak??




Situasi sebenar : 

Seorang nenek pergi ke kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Disebaliknya : 

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca. Harap maklum."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari! "





Yang tertera dekat atas tu semua baru tajuk beritanya sahaja. Dalam lebih kurang belas-belasan tajuk berita dekat atas tu semuanya berlainan. Ke aku yang silap baca?? Berlainan bukan?? Setiap satunya berlainan dan mempunyai maksud yang berlainan antara satu sama lain. Itu belum lagi baca full story satu-satu berita tu. Kalau baca tak mustahil ada berita yang cakap "nenek tu hidup balik selepas dikejarkan ke hospital". Tak mustahil laahh!! kan kan?




Sebagai kesimpulannya, apa pun yang berlaku tanpa pengetahuan kita yang sah. Janganlah duk memandai sebarkan kerana setiap satu perkataan akan menjadi buah mulut orang lain. Last sekali siapa yang susah?? KITA jugakk yang susah. Dan apa pun yang orang lain sampaikan janganlah kita semua percaya seratusduaratus peratus tanpa usul periksa. Okayy!!







YEAH!! kononnya,berjuang fisabilillah.
bajet mati syahid ni, padahal mati katak. HAHA..






p/s: Kalau baca akhbar tu jangan baca tajuk jer, kang nanti salah faham.. Baca isinya sekali okayy!!





::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...