Showing posts with label hatikutulisanku. Show all posts
Showing posts with label hatikutulisanku. Show all posts

Monday, January 2, 2012

segalanya telah bermula.. dan akan berterusan..











segalanya....
telah bermula dengan baik semenjak tahun baru 2012 menjelma.
banyak yang telah mengubah minda dan kehidupan aku.
azam ku, "mengubah kehidupan hari ini lebih baik dari semalam dan
  esok lebih baik dari hari ini."
alhamdulillah setakat hari ini, hari bersilih hari di tahun baru,
  aku lebih senang dengan matlamat yang nyata dan jelas.
semoga Allah swt telah aturkan yang terbaik buat aku untuk hari 
  yang akan mendatang.








sekadar perkongsian,
 PELABURAN EMAS sangat amat menguntungkan.
  di samping menjamin masa depan yang cerah.
untuk lebih lanjut tentang emas, 
  boleh rujuk pada sifu iaitu "jutawan emas". <<KLIK SINI>>
banyak dan pelbagai tips boleh didapati dari sifu jutawan emas.
sesi soal jawab juga dialukan sekiranya terdapat kemusykilan.




bar emas 100g dari public gold

contoh gold bar, wang syiling dan dinar emas

pada Jan 2011

pada Jan 2012




secara ringkasnya cuba rakan dan teman yang bijaksana bandingkan.
harga pada Jan 2011 dengan Jan 2012. 
yang manakah harganya lenih tinggi??
harga emas semakin meningkat hari demi hari.
kenaikan dan penurun harga emas itu sudah kebiasaan,
  tetapi yang pasti harga emas akan tetap menaik dari masa ke masa.
Itu sudah tertulis.


<<KLIK SINI>> untuk melihat harga pasaran emas dari Public Gold.
















Last but not least,
yang menjadi pendorong dan semangat untuk aku memantapkan diri
  dalam arena suka bola keranjang, KASUT BARU!!

Adidas Elemental Formotion 4.





p/s:
 baca dan fahami ilmu emas sebelum membuat pelaburan emas.. ilmu penyuluh hidup.





::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..

Wednesday, December 28, 2011

Semua angkara media massa.. pengaruhnya meninggalkan kesan..




satu lagi filem yang diadaptasi daripada sebuah novel TETAPI "GAGAL". KENAPA??




Novel karipapkaripap cinta.

Filem karipapkaripap cinta



Sinopsis
‘Karipap-Karipap Cinta’ yang mengisahkan dua perihal hati yang jauh berbeza. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang sempoi, gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya manakala Sarah pula ialah seorang dariUniversiti Al-Azhar, berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah yang sedang berjalan keluar dari tempat kerjanya. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan beg tangan Sarah yang telah diragut walaupun pada akhirnya Sarah sendiri yang berjaya menewaskan peragut tersebut.
Keadaan menjadi semakin lucu, apabila Ali mengaku pada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga merupakan bekas graduan universiti Azhar kerana tidak mahu kalah kepada seorang ustaz yang ingin dijodohkan dengan Sarah. Pelbagai kejadian telah berlaku akibat pembohongan si Ali ini sehingga huru-hara jadinya. Namun untuk mententeramkan perasaan serba salahnya itu, Ali bertekad mahu mencuri dokumen penting yang disimpan bosnya bagi menyelamatkan maruah keluarga Sarah. Tetapi Sarah tetap kecewa dengan penipuan Ali. Harapan terakhir Ali adalah untuk menghasilkan karipap yang tersedap di dunia untuk Sarah yang sememangnya pakar dalam membuat karipap. Namun adakah cinta mereka dapat bertaut kembali?

Daripada pemerhatian dan feedback daripada penonton, alasan mereka kenapa filem ini dianggap gagal dan kurang mendapat sambutan kerana


1.Pemilihan pelakon yang membintangi filem ini.


2.Trailer yang tidak menarik dan menyengat.


3.Novel yang asalnya ditukar kepada karya liberal. Mungkin tidak sesuai.


4.Pemilihan gaya poster yang tidak mengena. Tidak Islamic seperti novel.




Akan TETAPI semua itu feedback daripada penonton dan diakui oleh yang lain. Sebenarnya filem ini "GAGAL" kerana faktor media massa yang sangat mempengaruhi sesuatu perkara sekarang ini. Apa yang dimaksudkan??










1. Pengaruh Mark Zuckerberg. 








2. Pengaruh 'burung murai'.






Ini sendiri diakui oleh direktor filem ini yang tidak asing OTHMAN HAFSHAM. Dua faktor besar ini dalam era ini banyak memainkan peranan yang sangat teramat penting, samaada menjayakan atau menggagalkan. Percaya atau tidak, terpulang...






p/s:
 korang tengok korang nilai sendiri. masing-masing punyai pandangan sendiri. =)





::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..

Sunday, December 25, 2011

filem adaptasi daripada novel : OMBAK RINDU lakonan LISA SURIHANI







Ombak Rindu
Pengarah :Osman Ali
Syarikat Penerbit :Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Drama, Romantik
Tarikh Tayangan :01 Disember 2011
Format :35mm



Pengarah
Penulis:
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Utama)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Penyunting)
:
(Pengarah Seni)
Penerbit:
:
(Penerbit)
Sinopsis:
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.



credit to sumber bernama



p/s:
 sama-sama kita menyokong industri perfileman negara. =)






::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...