Friday, December 3, 2010

:: NGANGKUNG CECAH BOX OFFICE!!!

"FILEM NGANGKUNG TELAH MENGATASI KUTIPAN FILEM ADNAN SEMPIT BAGI MINGGU PERTAMA  DITAYANGKAN 
PADA 25 NOVEMBER 2010 LEPAS."

TRAILER FILEM NGANGKUNG 2010 (HQ)




SINOPSIS FILEM NGANGKUNG 2010 (HQ)


TIGA pelakon utama filem Ngangkung,
dari kiri Angah Raja Lawak, Azad Jazmin dan Shaheizy Sam.
Kata David Teo, pada asalnya filem ini bertajuk Empat Ekor namun setelah melakukan perbincangan nama Ngangkung akhirnya dipilih.

"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung. Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realiti kepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah. 

"Sebab itu kita buat filem ini untuk memperlihatkan kepada umum tentang masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini dan secara tidak langsung ia menjadi penyebab mendorong mereka mengambil nombor ekor. 

"Bagaimanapun, kita tidak mahu terlalu serius dalam memaparkan isu sebegini sebab itu kita buat dalam bentuk komedi seram dan dalam masa yang sama diharap dapat menimbulkan kesedaran serta memberi sedikit sindiran," katanya. 

Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak)  untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya. 

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu. 

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya. 

Saksikan filem yang turut dibintangi Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar ini di pawagam SEKARANG!!!!


::  S  E  K  I  A  N  ::
A U F I R H A N R O S L A N D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...