Showing posts with label artistcharity. Show all posts
Showing posts with label artistcharity. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Semua angkara media massa.. pengaruhnya meninggalkan kesan..




satu lagi filem yang diadaptasi daripada sebuah novel TETAPI "GAGAL". KENAPA??




Novel karipapkaripap cinta.

Filem karipapkaripap cinta



Sinopsis
‘Karipap-Karipap Cinta’ yang mengisahkan dua perihal hati yang jauh berbeza. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang sempoi, gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya manakala Sarah pula ialah seorang dariUniversiti Al-Azhar, berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah yang sedang berjalan keluar dari tempat kerjanya. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan beg tangan Sarah yang telah diragut walaupun pada akhirnya Sarah sendiri yang berjaya menewaskan peragut tersebut.
Keadaan menjadi semakin lucu, apabila Ali mengaku pada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga merupakan bekas graduan universiti Azhar kerana tidak mahu kalah kepada seorang ustaz yang ingin dijodohkan dengan Sarah. Pelbagai kejadian telah berlaku akibat pembohongan si Ali ini sehingga huru-hara jadinya. Namun untuk mententeramkan perasaan serba salahnya itu, Ali bertekad mahu mencuri dokumen penting yang disimpan bosnya bagi menyelamatkan maruah keluarga Sarah. Tetapi Sarah tetap kecewa dengan penipuan Ali. Harapan terakhir Ali adalah untuk menghasilkan karipap yang tersedap di dunia untuk Sarah yang sememangnya pakar dalam membuat karipap. Namun adakah cinta mereka dapat bertaut kembali?

Daripada pemerhatian dan feedback daripada penonton, alasan mereka kenapa filem ini dianggap gagal dan kurang mendapat sambutan kerana


1.Pemilihan pelakon yang membintangi filem ini.


2.Trailer yang tidak menarik dan menyengat.


3.Novel yang asalnya ditukar kepada karya liberal. Mungkin tidak sesuai.


4.Pemilihan gaya poster yang tidak mengena. Tidak Islamic seperti novel.




Akan TETAPI semua itu feedback daripada penonton dan diakui oleh yang lain. Sebenarnya filem ini "GAGAL" kerana faktor media massa yang sangat mempengaruhi sesuatu perkara sekarang ini. Apa yang dimaksudkan??










1. Pengaruh Mark Zuckerberg. 








2. Pengaruh 'burung murai'.






Ini sendiri diakui oleh direktor filem ini yang tidak asing OTHMAN HAFSHAM. Dua faktor besar ini dalam era ini banyak memainkan peranan yang sangat teramat penting, samaada menjayakan atau menggagalkan. Percaya atau tidak, terpulang...






p/s:
 korang tengok korang nilai sendiri. masing-masing punyai pandangan sendiri. =)





::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..

Thursday, September 1, 2011

salam aidilfitri dari aku dan Lisa..










Aku dan Lisa mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia. 


Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 




p/s: Salam aidilfitri.. Maaf zahir batin buat semua!! sayang korang ketat metat wahh!!!







::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..

Wednesday, August 24, 2011

Pandangan AR soal isu perpindahan Safee Sali...






Sedutan dari laman twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.


WAJAR ATAU TIDAK WAJAR???




Pada pandangan saya, WAJAR kerana



1. Beliau seorang penyerang utama pasukan negara disamping Norshahrul Idlan Talaha dan Amri Yahyah.



2. Safee Sali merupakan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 dengan 5 gol.



3. Safee Sali satu-satunya pemain Malaysia yang berpindah ke kelab Indonesia iaitu kelab Pelita Jaya.



4. Walaupun bermain di liga Indonesia, dia tetap dapat menyesuaikan diri dan menjaringkan gol untuk membantu kelab itu menang.



5. Menjamin ikatan antara pasukan kelab Queens Park Rangers (QPR) dengan FAM.



6. Mungkin dapat membantu pasukan negara mengkaji kelemahan dan memperhebat pasukan negara untuk kejohanan-kejohanan akan datang.



7. Beliau akan mengharumkan nama negara,agama dan bangsa dengan bermain di liga bertaraf antarabangsa seperti EPL itu. Siapa tahu??



8. Akan menjadi pemain PERTAMA yang beragama ISLAM, berbangsa MELAYU di negara ini yang bermain di liga terhebat dunia, EPL disamping pemain-pemain bertaraf dunia yang lain.










p/s: Doakan kejayaan penyerang sensasi, Safee Sali dalam arena bola sepak demi mengharumkan nama negara di persada dunia. AMIN.






::  bye uOOLlllss!!  ::
A U F I R H A N | R O S L A N D  
i'm amazing,just with the way i am..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...